Kelas Mahir Pertanian Pintar Minggu Ke-18
12 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 11 Jun 2025 (Rabu) telah diadakan kelas Mahir Pertanian Pintar untuk minggu yang ke-18. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas mahir Pertanian Pintar tersebut bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi.
Untuk kelas pertanian pintar pada minggu ke-18 ini, para peserta telah didedahkan dengan topik ulangkaji iaitu Kenali Serangga dan Makhluk Perosak. Pada topik kali ini, para peserta akan mengenali 2 jenis kategori serangga iaitu yang pertama, jenis serangga perosak dimana serangga perosak kebiasaanya akan merosakkan tanaman. Kategori serangga yang kedua merupakan serangga berguna atau lebih dikenali sebagai sahabat ladang. Dimana, serangga jenis ini lebih cenderung untuk menjadi pemangsa kepada serangga perosak.
Diharap ilmu baru yang dikongsikan sepanjang kelas bermanfaat dan dapat dipraktikkan oleh peserta dengan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: